»

Tuesday 6 December 2011

Bertuahnya Menjadi Wanita ♥

20 sebab antara wanita itu ISTIMEWA !

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya Rasulullah SAW akan hal tersebut jawab baginda ; "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

1) Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2) Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

4) Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5) Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6) Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu.

7) Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah SYURGA.

8) Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9) Daripada Aisyah r.a "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan jadi penghalang baginya daripada api neraka.

10) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11) Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12) Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasullullah SAW "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".

13) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya. (10,000 tahun)

15) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

17) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19) Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 oranghamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20) Rasulullah SAW menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah SWT memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah SWT berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah SWT. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah SWT dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa'la a'lam.

*Alangkah bertuahnya KITA yang bergelar WANITA. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini. Semoga kita menjadi wanita yang solehah disisi Allah. :')



JODOH ♥ Usah Mencari yg Terlalu SEMPURNA !

J.O.D.O.H

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan SAKIT oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang dan setelah DIA mula MENYAYANGI mu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu MENINGGALKAN nya begitu sahaja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan selagi dia MENGIGATKAN mu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah terlalu MENGHARAP pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu TEGUH, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu SUKAR untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu MEMILIKI seseorang, TERIMALAH seadanya DIA. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu mengaggap dia begitu ISTIMEWA. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu akan KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKAN nyaboleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhir hayat. :')

Jika kamu telah MEMILIKI sepinggan nasi yang kamu pasti BAIK untuk dirimu, mengenyangkan, dan BERKHASIAT. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain? Jangan terlalu ingin mengejar KELAZATAN. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu TIDAK boleh memakannya da kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGImu, danMENGASIHImu. Mengapa kamu berlengah? Perlukah membandingkan dirinya dengan orang lain? Jangan terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.

.
.
.
.
Every woman deserves a MAN who looks at HER everyday like its the first time HE saw HER ! :')