»

Saturday 14 April 2012

Wanita Perhiasan Dunia

Wanita.
Kamu dijadikan daripada tulang rusuk pasanganmu. Begitu indah Allah swt menciptakan kita. Menjadi bidadari syurga kelak. Haruslah kamu berbangga dan bersyukur kerana diciptaNya menjadi wanita. Wanita adalah sebaik baik perhiasan dunia yang ada. Jagalah hati mu, diri mu hanya untuk pasangan mu yang sah bergelar suami.

Wanita.
Kamu indah, indah disisi Pencipta. Haruslah kamu menjaga aurat mu. Aurat itu bukan mainan. Bukan perkara yang boleh kita berbalah, bersaing, tetapi ini adalah suruhan yang maha berkuasa iaitu Allah swt. Adakah kita benar-benar sudah faham tentang apa itu 'AURAT'? Ya, saya yakin ramai yang telah mengetahuinya. Tetapi, tidak salah rasanya juka ingin mengingatkan kembali.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat dihadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan kedua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan Firman Allah swt.

Aurat wanita ketika berada dihadapan umum.
(a) Libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) Libas 'ala (baju atas) iaitu khimar (tudung)

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar, pasaraya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah bedasarkan firman Allah swt.

 "Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menggulurkan jilbabnya." - TMQ Al-Ahzab (33):59


Wanita.
Insan yang berperang untuk mengeluarkan zuriat. Mempunyai hati yang lembut bak sutera tetapi dia adalah insan yang kuat dan tabah dengan setiap dugaan yang diberi. Berbanggalah kamu wanita. Wanita yang penyayang doanya dimakbulkan daripada doa seorang lelaki. Jangan lah kamu menyiksa hatimu kepada lelaki yang belum sah bergelar imam mu. Jangan lah kamu terjerat dengan 'Cinta monyet' di dunia ini. Hanya membuang waktu semata. Sentiasa mengingatkan diri ini supaya lebih kuat ya Allah.

Wanita.
Jangan kamu mudah dengan tertipu malah dipermainkan dengan tipu helah dunia. Tipu helah lelaki-lelaki casanova. Jagalah hati, jiwa dan ragamu hanya untuk suamimu kelak. Jodoh itu milik Allah. Ingatlah bahawa Allah telah menjanjikan kita degan empat perkara, iaitu hidup, mati, rezeki dan jodoh. Peganglah janji-janji ini dan hidup dengan jalan Allah. Saya sentiasa berpegang teguh dengan kata-kata 'Jodoh itu ada. Dan kalau jodoh itu tidak kemana'. Allah pasti menemukan kita dengan pasangan kita. 'Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat, untuk lelaki yang jahat'. Ingatlah wahai sahabat, siapa diri kita, begitu juga lah pasangan kita kelak. Dan jika kita mendapat jodoh yang berhati mulia dan lebih baik, itu adalah anugerah bagi kita. Sebaliknya jika pasangan kita kurang baik daripada kita, bersyukurlah kerana itu bermakna Allah ingin menguji diri ini supaya kita lebih bersyukur dan membimbimg pasangan kita ke jalanNya.

Wanita.
Adakah amalan kita sudah cukup untuk bergelar isteri atau ibu? Adakah solat kita jaga? Puasa kita cukup? Janganlah menjaga rupa paras dengan make up semata. Itu hanyalah sementara wahai sahabat. Sentiasa bermain difikiran ini. SubhanAllah. Aku jahil ya Allah. Sahabat sekalian Allah itu maha pengampun. Kita tidak terlambat jika ingin bertaubat. Sentiasalah berdoa supaya diberi pasangan yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan, ke jalan Allah dan boleh menjadi ketua keluarga untuk mendidik anak-anak nanti.

Entry kali ini hanyalah untuk berkongsi kepada semua. Semoga dapat memberi sedikit pengajaran kepada kita semua. Ambil yang jernih, buanglah yang keruh. :)

Aku tidak ingin tampak cantik di mata semua lelaki, tetapi aku ingin menjadi ketua bidadari buat suamiku di syurga Allah nanti. :) InsyaAllah.