»

Sunday 25 November 2012

Ciri-ciri Bunga idaman Si Kumbang

Wahai wanita, sesungguhnya kejadiaanmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki ialah :-

1. Berpegang kepada Agama.

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadiaan yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwaatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang atau kata lain 'gedik'.

4. Pandai Menjaga Kecantikan dan Kebersihan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga bila bersama kawan-kawan dan keluarga.

Usahlah memakai barang-barangan yang berharga untuk tampak cantik. Asalkan ia ringkas dan selesa. Itu susah memadai untuk lelaki. Asalkan ia kelihatan kemas dan anggun.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan kepada para suami sebenarnya.

6. Tidak Mempamerkan Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikannya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wamita yang memahami lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seseorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata memandang seperti dibawah ini :-

-Bersopan santun

-Senantiasa memaniskan wajah

-Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

-Menutup Aurat

-Ramah dan mesra

-Tidak terlalu cemburu

-Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman setiap lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-Nya, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri. Wallahu'alam :)

Semoga bermaanfaat untuk semua. Tips kepada semua sahabat dan diri sendiri. InsyaAllah.


Thursday 22 November 2012

Si Pencuri Hati

Assalamualaikum and hello readers.

Its been a long time I didn't post the entry. Sangat busy. But yeahh, i'm free now. Alhamdulillah. Baru je habis final exam and last semester for my Diploma in Accounting. I'm blessed. :')

Tak ada apa nak cerita sebenarnya. Just nak share dekat you all pasal seorang budak or jejaka yang telah berjaya mencuri hati ini. Dia lah menceriakan hati ni dalam tiga empat bulan ni. Ya Allah, syukur dapat kenal dia. He's very understanding, matured and caring person. I've never known the person like him before. Doakan kami hingga ke jinjang pelamin and sampai bila bila insyaAllah. :) Only Allah knows my feeling towards you :)

Perkenalan bermula dibbm. Dia mintak bbm sheila masa sheila ada program solat hajat and bacaan yassin. I was too busy that day. And he kept disturbing me. Mula2 sheila cakap takde bbpin. Then dia cakap dia nampak sheila pegang bb tadi. I was like 'aduh mamat ni, tahu jelah, haishh!'. And at last masa dah penutup tu, sheila pun bagi sebab kesian dia asyik mintak jee. Then semenjak tu dia tak pernah pun nk bbm. Sheila rasa macam, eh dia ni nak stalk aku je ke. Nasib tak delete. hihi. About 1 month macam tu baru dia start tegur thru bbm. Tu pun sebab status sheila pasal bola. Hrmm~

Tapi lepas tu pun sheila still nak tak nak je layan. Sampai lah dia datang KL. Dia datang program gpms masa bulan puasa hari hari. Dari situlah rapat. And one day, bila dia nak balik JB, dia bagi bunga depan kawan kawan sheila dekat Taman Tasik Titiwangsa selepas kita orang buka puasa. I was too shocked. Sebab sebelum tu dia cakap dia dah balik JB dah. Okayy, kena tipu hidup hidup -.-' He's sweet. Seriously. :') I can see your effort. :)

Then, ada satu malam tu selepas berbuka puasa and tarawikh di masjid. Dia suruh siap2. Dia cakap nak bawak pergi satu tempat. Amboii. Scary je dengar kan? Nak culik aku ke apa ni? Hrmm, sheila pun ikut jee sebab percaya kan dia. Dan dia dah macam abang sendiri :) Setengah jam jugak nak sampai tempat tu. Nak tahu dekat mana? Dekat jambatan Putrajaya. Ya Allah, sweet apakah ini? hikhik :') Masa tulah dia luahkan isi hati dia. Sampai tergagap2 dia nak cakap :p Dua tiga minit jugak lah tunggu. harharhar. Maaf boss ! :p Siap bawak kotak kecik yang berisi jam tangan. Adushh! Malu macam nak terjun dari jambatan tu jee -.-' Then sheila just suruh dia kenal dengan my family first. Kalau dia orang okay, sheila lagi okay :D

After that, raya dia datang rumah. Kenal dengan my family. And dia berani. My mum and dad pun macam bagi green light. hehehe. I will choose the guy that my parents' like. Alhamdulillah. Bersyukur. :') Bahagia dia hanya Allah swt yang tahu. Okay, sikit2 jee :D Lewat dah nak tidur. hikhik!

Terima kasih abang untuk selama ni. Awak jaga sheila dengan baik. Even beza kita 5 tahun. Tapi kita macam kawan, keluarga, adik dan abang dan kekasih :) Awak selalu buat sheila ketawa bila sedih. Happy bila stress. Cool bila marah. Calm bila ada problem. Banyak sangat. Terlalu banyak dalam masa yang singkat ni. Abang banyak support sheila tak kira bila bila. Alhamdulillah :)

I will remember of every single thing with you, love :)












He is Mohd Saidin Mohd Amin.

Awak, post ni untuk awak. Jaga diri. Jaga mata. Jaga hati. :)
You are my happiness. 
No matter what happen on us in the future, everyday I spent with you is the best day of my life.
Whenever i'm with you, i feel secured, loved, protected and completed.
If you were happy with the wrong one, just imagine how happy you will be with the right one.
InsyaAllah :)