»

Tuesday 6 December 2011

JODOH ♥ Usah Mencari yg Terlalu SEMPURNA !

J.O.D.O.H

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan SAKIT oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang dan setelah DIA mula MENYAYANGI mu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu MENINGGALKAN nya begitu sahaja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan selagi dia MENGIGATKAN mu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah terlalu MENGHARAP pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu TEGUH, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu SUKAR untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu MEMILIKI seseorang, TERIMALAH seadanya DIA. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu mengaggap dia begitu ISTIMEWA. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu akan KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKAN nyaboleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhir hayat. :')

Jika kamu telah MEMILIKI sepinggan nasi yang kamu pasti BAIK untuk dirimu, mengenyangkan, dan BERKHASIAT. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain? Jangan terlalu ingin mengejar KELAZATAN. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu TIDAK boleh memakannya da kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGImu, danMENGASIHImu. Mengapa kamu berlengah? Perlukah membandingkan dirinya dengan orang lain? Jangan terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.

.
.
.
.
Every woman deserves a MAN who looks at HER everyday like its the first time HE saw HER ! :')

3 comments:

precious cla said...

pewiiitt !! aku singgah sini....

Anonymous said...

datang sini
takperlu cari yg sempurna utk memiliki :')

Sheila Rasyid said...

Leods : done follow anda ;)

ayuyuuu : hihi. kann, terima seadanya :')

Post a Comment