»

Thursday 16 February 2012

Kepada wanita yg akan bergelar Isteri.

Wahai isteri tersayang ,

1. Sekali si suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik daripada puasa setahun.

2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan seribu ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4. Apabila isteri hamil, dia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).

6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.

7. Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya dia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi).

8. Seseorang wanita apabila dia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah dia masuk dalam syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Dan ingatlah wanita semua itu terangkum di dalam satu perkataan iaitu TAAT ! :) SubhanAllah.

Wanita Itu Istimewa :')

0 comments:

Post a Comment