»

Tuesday 8 May 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar.


Sekadar ingin berkongsi tentang surah Al-Kautsar. Mungkin surah yang seringkali kita baca di dalam solat kerana agak pendek tetapi mempunyai banyak keistimewaannya :)

Surah ini diturunkan di Makkah dan bermaksud 'sungai dibawah syurga'. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Surah ini juga disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana ia diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Antara khasiat yang terkandung dalam surah ini :

  • Boleh dibaca ketika hujan dan berdoa mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher. InsyaAllah akan hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10kali di bahagian mata
  • Jika rumah kita dipercayai terkena sihir , bacalah surah ini sebanyak 10kali. Mudah-mudahan Allah swt memberi ilham pada kita dimana terletaknya sihir itu.
  • Jika membaca 1000kali rezeki kita akan bertambah.
  • Jika kita membacanya, hati kita akan lembut dan kusyuk ketika solat.
  • Jika orang teraniaya dan terprnjara , baca sebanyak 71kali, Allah swt akan memberi bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Senangkan surah ini, 3 ayat je. Dan mengandungi banyak keistimewaan kepada kita.

Maksud ayat :

"1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, 2. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. 3. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus"

0 comments:

Post a Comment