»

Sunday, 25 November 2012

Ciri-ciri Bunga idaman Si Kumbang

Wahai wanita, sesungguhnya kejadiaanmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki ialah :-

1. Berpegang kepada Agama.

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadiaan yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwaatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang atau kata lain 'gedik'.

4. Pandai Menjaga Kecantikan dan Kebersihan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga bila bersama kawan-kawan dan keluarga.

Usahlah memakai barang-barangan yang berharga untuk tampak cantik. Asalkan ia ringkas dan selesa. Itu susah memadai untuk lelaki. Asalkan ia kelihatan kemas dan anggun.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan kepada para suami sebenarnya.

6. Tidak Mempamerkan Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikannya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wamita yang memahami lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seseorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata memandang seperti dibawah ini :-

-Bersopan santun

-Senantiasa memaniskan wajah

-Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

-Menutup Aurat

-Ramah dan mesra

-Tidak terlalu cemburu

-Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman setiap lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-Nya, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri. Wallahu'alam :)

Semoga bermaanfaat untuk semua. Tips kepada semua sahabat dan diri sendiri. InsyaAllah.


2 comments:

NadNod said...

memang peringatan untuk diri sendiri jugak ni. hehe. thanks for sharing :)

Sheila Rasyid said...

Welcome ! ;)

Post a Comment